Thursday, September 11, 2008

::Tazkirah Hari Jumaat::

::WAHAI DIRI::

WAHAI diri, engkau hanya mencintai Allah ketika kamu memperolehi nikmat. Sebaliknya apabila datang suatu bencana atau cubaan kepada engkau, engkau segera lari seakan-akan Allah itu bukan kekasihmu. Semestinya seorang hamba itu akan nyata siapa dia, ialah ketika menerima ujian daripada Allah. Apabila datang suatu ujian atau cubaan daripada Allah, sedangkan engkau tetap bertahan dan tabah menerimanya, maka engkau ialah orang yang mencintai Allah dengan sebenarnya. Sebaliknya jika laluanmu berubah, maka jelaslah kebodohanmu, musnahlah perbuatanmu yang pertama dan ia berlalu entah ke mana. Bukanlah kudrat hamba melawan takdirNya. Luka di hati memang tidak terucap. Tidak tergambar. Meskipun perasaan ibarat telah mati, malangnya jasad masih bernyawa, nadi masih berdenyut. Lalu luka itu biarlah dia yang merasainya. Kehidupan mesti diteruskan. Dinekadkan hati dengan keyakinan bahawa Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Tidak pula Allah menimpakan ujian untuk menzalimi hambaNya, melainkan untuk mendidik dan menyedarkan bahawa tidak ada satu pun di dunia ini adalah milik manusia yang abadi meskipun sesuatu itu teramat kita sayangi. Teramat kita kasihi. Datang dan pergi segala yang ada di dunia ini adalah dengan kehendakNya. Wahai diri, janganlah cita-citamu hanya sekadar pada yang engkau makan dan engkau minum, pada yang engkau pakai dan engkau kahwini, pada yang engkau diami dan engkau kumpulkan sahaja kerana semua itu hanya cita-cita hawa nafsu dan naluri insaniyyah. Kalau hanya demikian, dimanakah tekad hati dan batin, yakni mencari Allah Al-Haq? Nilai sebuah cita-cita itu ialah apa yang engkau cita-citakan. Maka jadikanlah Tuhanmu dan apa-apa yang di sisiNya sebagai tumpuan cita-citamu. ...
Admin::PKGNT

::Welcome to PKG Nibong Tebal::

LATAR BELAKANG
PUSAT KEGIATAN GURU NIBONG TEBAL

Pusat Kegiatan Guru Nibong Tebal merupakan PKG yang tidak mempunyai bangunan sendiri. Pada awal penubuhannya ia telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Sungai Setar, Nibong Tebal, SPS.

Semasa beroperasi di SK Sungai Setar pihak sekolah telah membenarkan Pusat Kegiatan Guru Nibong Tebal menjalankan operasinya di sebuah bilik yang mengandungi 3 bay iaitu sebuah kelas yang keluasannya kurang dari 720 kaki persegi. Ia terletak di tingkat 3 bersebelahan dengan pusat sumber sekolah. Walaupun menjalankan dalam keadaan yang kurang selesa namun segala arahan yang diamanahkan berjaya dijalankan dengan sempurna oleh pegawai yang dipertanggungjawabkan.

Pada pertengahan tahun 2005 semua PKG seluruh Malaysia telah dinaiktaraf dimana perjawatan baru telah diwujudkan. Dari seorang penyelaras PKG ia telah bertambah ke 3 orang iaitu seorang Pegawai Teknologi Pendidikan DGA32, Seorang Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29 dan seorang Pembantu Tadbir N17. Dengan wujudnya perjawatan baru di PKG maka tempat operasi PKG sediada tidak lagi sesuai. Maka pada Januari 2005 telah mula beroperasi di tempat yang baru iaitu Pusat Aktiviti Kokurikulum PPD Selatan, berhadapan dengan SK Sungai Kechil.

Walaupun dengan status masih lagi PKG tidak berbangunan sendiri namun kemudahan yang terdapat di persekitaran baru amatlah selesa. Ihsan PPD Selatan yang telah mendapat bangunan baru dan memberikan bangunan ini untuk PKG Nibong Tebal beroperasi. Bagunan tunggal ala-ala bangunan penghulu ini mempunyai bilik seminar, perpustakaan, ruang pengurusan dan surau. Adalah diharapkan PKG Nibong Tebal akan terus berbakti pada sekolah-sekolah sekitarnya dengan lebih berkesan.

PKG ini berkonsepkan perkhidmatan kelompok yang menyediakan khidmat sokongan kepada guru-guru daripada 24 buah sekolah yang berhampiran. Kecemelangan PKG memerlukan komitmen yang tinggi daripada jawatankuasa kerja dengan konsep kerja berpasukan dan rasa kesepunyaan terhadap PKG.